Wednesday, June 1, 2016

:: TwoCents ::

Assalamualaikum...and Ola!

Rasa macam panjang nak menulis ni. So, pelan pelan la kalau larat nak baca ye. Hehehe.

Tulisan ni lebih kepada orang perempuan. Pasal emosi diorang. Nak nak perempuan yang dah berkahwin.

Tipu la kan kalau dalam marriage ni takde gaduh-gaduh. Perfect sangat tu kalau gitewwww. Wujud ke?
😂😂😂😂


Sebenarnya macam ni... kadang-kadang diorang (perempuan) ni sampai satu tahap memang tak boleh nak kawal emosi lagi. Sebab apa? Sebab dah lama sangat bersabar dan bertahan. Last last rasa nak meletup.

So, bila rasa nak meletup tu apa diorang akan buat? Of course diorang akan cuba cari seseorang nak meluahkan. Memang la sepatutnya tak boleh luah pada manusia. Kena luah pada Dia yang satu. Tapi diorang ni just nak melepaskan apa yang diorang pendam. Bila dah luahkan tu, i am very sure diorang akan rasa sangat lega sebab macam dah lepaskan satu beban yang sangat-sangat berat.

Apa tugas pendengar tu? Senang je kerjanya... cuma bagi pinjam telinga. Tak perlu nak cakap banyak sangat. Cukuplah dengar diorang menangis, dengar diorang suarakan apa yang terpendam, dengar diorang jerit-jerit marah-marah. Kadang-kadang luaran nampak happy je. Tapi dalaman kita sendiri pon tak sangka. Si pendengar ni pulak, tak payah la nak suruh solat tahajud, solat sunat, banyakkan bersabar, bangun malam mohon pada Dia, istifar dan sebagainya. Sebab apa? Sebab itu semua diorang pon tahu nak buat. Cuma pada waktu tu je diorang perlukan teman untuk bersembang. If korang cakap macam tu, lagilah diorang rasa lebih sakit.

Please lah jangan buat tak tahu, cakap taknak masuk campur, tak endahkan diorang ni. Sebab emosi diorang memang tak stabil. Macam-macam benda yang diorang boleh buat. Al maklumlah, 1 akal 9 nafsu. So tak berapa nak pandai sangat. Kalau marah pon apa yang diorang cakap diorang sendiri tak maksudkan atau tak sedar.

Kalau korang masih single, tapi diorang yang dah kahwin ni meluahkan masalah rumah tangga kat korang, tolonglah faham situasi diorang waktu tu. Bukan saja-saja diorang cari korang. Dengar je pon dah cukup bagus. Sebab memang itu apa yang diorang nak.

Untunglah kalau punya teman yang sentiasa ada waktu susah senang.

Cukup lah kot nak share pendapat kat sini.

Ok bye.

2 comments:

  1. Itu je? Itu je? Arghhhhhh. i want moreeeee. Hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha,, ade lagi la,, tunggu................

    ReplyDelete

Jom Klik =)

Related Posts with Thumbnails