Wednesday, September 24, 2014

:: Doa ::


JANGAN  BERPUTUS  ASA SEKIRANYA ALLAH  MELEWATKAN  PENERIMAAN DOA

Ibnu ‘Ataillah al-Sakandari berpesan : 
“ Jangan berputus asa, sekiranya Allah SWT melewatkan penerimaan doa walaupun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah telah menjamin akan menerima semua doa menurut yang Dia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukanNya, bukan pada waktu yang engkau tentukan”.

Huraiannya :
1. Janganlah berputus asa disebabkan hajat yang dipohon lambat diterima atau dimakbulkan oleh Allah walaupun kamu bersungguh-sungguh berdoa. Ini kerana Allah SWT telah memberi jaminan penerimaanNya seperti Firman Allah bermaksud :
“ Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku akan perkenankannya” ( Surah Ghafir :60)
Inilah pilihan Allah untukmu dan bukan kamu yang  menentukan, kerana Allah amat mengetahui hal kamu pada waktu atau masa yang Dia kehendaki, dan bukan pada waktu atau masa kamu inginkan.

2. Mengajar muslim supaya yakin sepenuhnya kepada janji Allah seperti dalam firmanNya di atas dan sabda Rasulullah SAW  bermaksud :
“Sesiapa yang dikurniakan doa pasti diperkenankan”    ( Riwayat al-Tabarani)

3. Adab berdoa hendaklah hati sentiasa mengingati Allah SWT dan bermula dengan bertaubat serta adab-adab yg lain .

4. Kita dikehendaki bersabar, jangan gopoh-gapah dan berputus asa terhadap balasan Allah sama ada yang baik atau buruk seperti nabi Musa AS bersabar selama 40 tahun ketika berdepan dgn Firaun.
Sabda Rasulullah SAW :
Orang yang berdoa ada tiga keadaan, sama ada Allah SWT segerakan permintaannya atau Allah SWT tangguhkan Pahalanya atau Allah SWT palingkan ( hapuskan) keburukan ( kemudaratan) daripadanya.               
 ( Riwayat Imam Ahmad) 

Tiga Sebab Allah akan memperkenankan doa mengikut kehendak dan waktuNya :
1. Kasih sayang Allah terhadap hambanya, Jika perkara yang dipohon itu tidak baik untuk hambanya mengikut ilmu Allah, maka Allah tidak perkenankan doa tersebut.
2. Menunjukkan Allah adalah Penguasa manusia bersifat Rububiyyah. 
3. Doa itu bersifat ‘ubudiyyah yang menzahirkan kelemahan hamba terhadap Allah SWT


Petikan daripada buku SYARAH HIKAM  JILID 1. KARYA Ibnu ‘Ataillah al-Sakandari terjemahan Dr.Zulkifli  al-Bakri. Hal. 54. 

Thursday, September 11, 2014

:: Inspirasi ::








Tulisan saya pada tarikh 22 Julai 2013 (Last Year)

Salam.


Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan.


Saya bermula dengan mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa saya bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah. Kimia mengajar saya untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya takut. Saya berhenti as a chemist kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Saya berhenti.

Saya join banking sebab saya nak tau apa bank buat. Dalam kajian saya - 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Saya join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Saya kerja sampai saya sampai matlamat saya - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Alhamdulillah saya dapat dan terus berhenti. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.


July 2012 saya bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit kawin? ZERO. Kerana saya percaya Allah itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Saya gamble. Dan saya pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat Melayu kita? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah berbanding Melayu kita. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa saya tak buat loan bank? Sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.

Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri di Setapak dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya.


Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang saya nak cakap. Dunia makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Saya tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku saya. Jumpa saya. Saya share dan ajar.


Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja? 


HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
........................

Hari ini 6 September 2014 
Alhamdulilah.
1. Production 10 kali ganda sebulan dari tahun lepas.
2. Berjaya buat brands lain - Pudore dan Osra
3. Berjaya mempunyai studio photography sendiri.
4. Berjaya buka Bella Ammara Shah Alam.
5. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit.


Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.





taken from here



Jom Klik =)

Related Posts with Thumbnails