Saturday, July 30, 2011

:: Kisah hidup Ashraf @ Aleesha ::



KUALA LUMPUR – Pada tahun 1985, lahir seorang bayi yang diberi nama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Bayi lelaki milik pasangan Mak Yah dan Abdul Aziz tersebut sempurna segenap bentuk sifatnya tanpa sebarang kecacatan. Bayi tersebut dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya.

Dari kecil lagi, Mak Yah sudah melihat ciri-ciri kewanitaan yang wujud di dalam diri anaknya itu. Namun, apalah daya seorang ibu untuk menghalang kecenderungan semulajadi yang semakin menonjol itu. Ashraf terus membesar dengan sifat kewanitaan yang makin terserlah.

Abdul Aziz, 60, pula menceritakan bahawa dia tidak pernah mengalami sebarang masalah untuk mendisiplinkan anak-anaknya. Namun berhadapan dengan Ashraf, dia mengakui bahawa tidak dapat menyelesaikan masalah ‘keperempuanan’ anaknya itu.

Ketika di alam remaja, ayahnya memberitahu bahawa suara Ashraf tidak bertukar garau sebagaimana kebiasaan remaja lelaki lain yang akil baligh dan lenggok jalan anaknya itu membayangkan seorang gadis sunti. Ini menambahkan lagi kerisauan Abdul Aziz.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek,” katanya.

Menurut ayahnya lagi, biar apa pun yang mereka sekeluarga lakukan pada Ashraf, anaknya itu tetap dengan sifat kewanitaannya.

Menyebut mengenai pekerjaaan Ashraf, menurut Mak Yah, dia difahamkan bahawa anaknya bekerja di Putrajaya, namun tidak memberitahu apa perkerjaan sebenar anak lelakinya itu.

Tanpa pengetahuan Mak Yah dan Abdul Aziz, Ashraf yang memiliki diploma dalam bidang perubatan itu dikatakan telah menjalani ujian perubatan dan hormon di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur pada sekitar tahun 2007 dan dikatakan layak untuk bertukar jantina.

Kemuncak kepada ‘proses kewanitaan’ Ashraf berlaku ketika kedua ibu bapanya itu berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji pada tahun 2009, apabila mengambil keputusan sendiri untuk menjalani pembedahan menukar jantina di salah sebuah hospital di Thailand tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya itu.

Meskipun pembedahan tersebut berjaya memuaskan naluri kewanitaan Ashraf, dia berdepan dengan kemarahan ibu dan ayah apabila mereka bertindak membakar semua pakaian perempuan miliknya serta menghalaunya keluar dari rumah.

Menurut Mak Yah, meskipun Ashraf dihalau dia tetap pulang ke rumah ibu bapanya, namun anaknya itu hanya berani tidur di dalam kereta sahaja.

Hidup terbuang dari keluarga tidak mematahkan semangat Ashraf untuk menjadi lebih wanita apabila memfailkan petisyen kepada Mahkamah pada 15 Mei lalu bagi membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada ‘Aleesha Farhana’, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajiannya.

Petisyen yang difailkan selepas Ashraf menukar jantina itu dikendalikan oleh peguamnya, Horley Isaac dan Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar, serta kes tersebut didengarkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Bagaimanapun, pertisyen yang dikemukakan itu ditolak oleh Mohd Yazid dengan alasan bahawa meskipun Ashraf pernah melakukan pembedahan pertukaran jantina, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah meluluskan permohonan itu.

Kekecewaan Ashraf jelas terbayang apabila mendengar keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu apabila menyatakan dia lebih rela mati untuk memperjuangkan matlamatnya menukar nama di atas kad pengenalannya dan nekad untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Namun, hasrat Ashraf itu tidak kesampaian apabila terlebih dahulu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi akibat serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Maka dengan itu maka tamatlah perjuangan Mohd Ashraf Hafiz untuk menjadi seorang ‘Aleesha Farhana binti’ Abdul Aziz dan menurut Abdul Aziz, jasadnya dijangka disemadikan selepas solat zohor di Seberang Takir sebagai seorang lelaki.

Semoga Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz diberikan pengampunan oleh Allah S.W.T serta dicucuri rahmat ke atasnya, Al-Fatihah.

Oleh : ZAMZUKHAIRI NOORDIN




kredit to : http://mynewshub.my/bm/2011/07/30/bingkisan-hidup-perjuangan-ashraf-aleesha-berakhir/

Friday, July 29, 2011

:: Ramadhan yang eksited pasti ::



Alhamdulillah,,,,
niat nak abeskan pembacaan kitab suci itu berjaya jugak ;)
Ramadhan akan datang,, insyaAllah boleh mula balik...
(^_^)



Oh ya,,, kalau folo kalendar before tengok anak bulan nak puasa nanti,,, maybe start puasa senin nih,,, yook,,, moh le kite reramai rase eksited-excited sempena nak sambut ramadhan al mubarak nih,,, aku nengok tiap kali nak raya,, kemayen lagi orang dok nak shopping segala bagai mak nenek barang2 nak raya,,,
tapi bape ramai yang akan beli telekung baru, sejadah baru??? (ni aku mention ntok orang pompuan,,, sebabnya bab2 sopink nih memang piala sumbangseh every year pas kat kitorang jerk,,, hehe)


aku tengok kan,,, ade jer orang,, sejadah yang dari zaman tok kaduk, dulu2, warna pon dah pudar ala2 old skol,,, tapi still dok guna lagi,,, alaahaaaiiii,, kesian giler aku nengok,,, baju branded2,,, barang mahal2,,, tapi,,,,,ape lah salahnya kalau kuarkan dalam rm20 je pon nak beli sejadah baru,,, tu pon setahun skali je ko nak beli,, takkan nak berkira kot~~~


pastu,,, kengkadang kalau aku nompang solat kan,,, of coz ler i mau borrow itu lu punya telekung,,, tapi,,,, ya rabbi,,,,,,,maaakkkkk datokkkkk,, aku rasa kalau campak kolam pon,, ikan sume dok pening2 kambing gurun jer tunggu masa nak terapung2 meninggalkan muka bumi ini,,, sowi la yer kalau ade yang terasa,,,
penuh dengan tahi lalat,,, pastu kotor kale coklat kesan compact powder toksah nak cakap ler,,, huhuhuhu,,, tak salah pon amek masa nak basuh kejap ;)
takpon standby jer telekung lebey,, kalau dah kotor, sekurang2nya ada spare =)



ok lah,,, mau chow dulu,,,


selamat menyambut ramadhan al-mubarak :)



Sunday, July 24, 2011

:: Homemade Blueberry Cheese Tart ::

Ehem ehem ehem,,, kepada sesape yang kipas susah mati bluberi cis tat nih,,, boleh la roger aku kalau nak yer,,, hehehee,,, nnt aku tolong sampaikan order kat member aku,,, ni nana yang buat,,,, sempena nak raya nih,,, dah open untuk order,,,, saiz die besar dari yang biasa korang tengok kat kedai yang jual kecik2 tuh,,, ukuran diameter dalam 5cm =)
delivery area kajang & bangi,,,


1 kotak nih ada 25 biji


kasi zoom sket
:)

nana datang umah pagi smalam,,, nak bagi sample ntok aku rase,,,, dap dap dap,,, hehehee,,,, aku memang ler tak suke cheese,,, tapi bile skali ngan bluberi nih boleh trime lak tokak den ;p then den pon tros order sebab nak bawak balik mlaka arini,,, tup tup malam tadi nana datang umah hantar tart aku,,, siap sudah,,, hehehe,,,, boh ler dalam peti ais,,, baru sodap sket nak makan :)


harga????



RM40 ntok 50 biji

berbaloi2
:)






:: Mengidam Pastu dah tak mengidam ::

23 July 2011

HAiyooo,,, dari kat mlaka lagi aku dah ngidam meatball ikea nih,,, arini dah sabtu,,, besok ahad nak balik mlaka dah,, takkan nak bia kempunan je kot,, hahhaa,, sengal sungguh,,,, kol 3 ptg baru decide nak g ikea,,, g sana smata2 nak makan je hokay,,, senget tol,,, tatau napa tak terpengaruh nak bli barang kat ikea tuh,, padahal now ngah sale hebat,,, kikiki,,,,ade je yang berkenan cuma,,,, pempaham je la,,, tunggu gaji masuk baru best sket sopink,,, errrr,,, err,,,, tapi sempat gak rembat 2 helai baju kat IPC ;p


nyum nyum
:)

melantak memang aktiviti yang best,,, kakakaka

puas hati ko dapat makan??? dah dah,, jom balik,,, kui kui kui

:: Kereta Juga MPV ::

19 july 2011



wuaaahhh,,, ader orang tu nak beli kete baru,, hehehee,,, siapa??? kena tunggu dah sampai nnt la kot baru leh reveal,,, ;p
semoga segala urusan jual beli & pinjaman bank dipermudahkan dan diluluskan,,,,
insyaAllah,,, amin
=)




Saturday, July 23, 2011

:: Berjimba lagi ;-) ::






18 July 2011




mari mari,,, jimba jimba lagi,,, arini kitorang parking tempat baek punyer,,, kat haten petak,,, rm2 jer per entry,,, berjalan lah kitorang sampai pengsan,,, kikiki,,,

g karok dulu yok~


okay okay,,, sila buat muka buhsan time migha nyanyi,,, kakakakkaa
;p





abes melalak,,, macam biasa lah kan,, mana ade menda laen nak buat dah slaen g pecahkan lane bowling tu ha,,, nak tengok gaya pemain tak brapa nak pro???? mari mariiiiiii ;p

renjis renjis dipilis~~~
di tepungi la tawarrrrrrrrrrrrrr....
;p

polis trafik alor gajah wannabe
;p

tarian cek mek molek + zapin,,,
kikiki
joget kuda kepang versi lagi lembut
;p

yang ni aku rase ngan ko ko skali ikot bola tu golek,, tangan melekat kat bola,,,
kakakkaa


pergghhhhh,,, memang sama macam gaya gorila dalam tv aritu
eh,, gorila ke cipan ntah~

(^_^)v

si gemok + si gumuks














bagi laluan,,, bagi laluan,,,, ade 2 perempuan mahu menepek kejap,,, hehheeeee,,,,
nah,, amek kau,,, si pemenang dan si peng-kalah,,,,
sape menang,, sape kalah,, pempaham sendiri la yer noks,,,,,
kakakakkakaa....



:: Alumni???? ::

17 July 2011



Dalam emel ade gtau,,, sabtu n ahad ade alumni kat uitm,,, memula tak wajib,, pastu tengok yang latest emel,,, nama kitorang naek kena g,,,yang ari sabtu mmg kompem la xleh nak datang sebab ade program kat KBM,,, pastu yang ahad nye if tengok kat tentatif,, start subuh okay,,, ade kuliyah subuh,, tapi kitorang tak p pon,,, nak g yang kol 8 punyer,,, so,, kena gak kan bangun awal pagi,,, dah bersiap,, masuk kampus,,, mcm pelik sebab xde orang pon,,, pastu tanya pak guard,,, die ckp malam tadi mmg ade program,,, tapi yang arini tak sure,,, pastu bantai je redah g area padang,,,, ko nak tau??? rupe2 nyer,,, program arini batalllllllllllllllllllll,,,,, huhuhuhu,,,, kalau la tau,,, baek sambung tido jer,,, penat smalam pon tak hilang lagi... encik kat area padang kawad tu cakap baru malam tadi dorang cakap program arini batal,, pastu gtau yang bekfes yang sepatutnya ada pagi nih nak sampai da,,, ajak kitorang makan skali,,, pastu macam malas nak tunggu,, kitorang g bekfes kat luar jer,,,, g kat menggong,,,,


muka sembab pagi pagi,,,
hahaha

aku lagi sembab,,, macam terpaksa bangun jer,,, hahahaha

sembab + sembab + sembab


pastu kak ila plan nak masak ntok lunch arini,,, pas bekfes kitorang g pasar tani kat alor gajah tu,,, teman kak ila beli bahan :)

sempat lagi bergambor jap on da way nak ke kereta,,, hehehee

:: keris ::





Thursday, July 21, 2011

Tuesday, July 19, 2011

:: Program Pemantapan Kerjaya Pensyarah :: Day 2








HAri Sabtu - HAri kedua program,,,, peehhh,, name pon pemantapan kerjaya pensyarah,, kalau tak mantap jugak,, tatau la kan,,, kikiki ;p
kitorang gerak pagi ni 1 kete jer,,,mira takde sebab ade exam ptd tu kan,,, so,, muat la 6 orang naek persona,,,
before masuk hall,,, amek gambar jap kat luar,,, hehehe,,, fressshhhh jer mak rase nok dengan pokok ijau bagai nih :) kalau dah nampak kale pepel tuh,, memang kale UiTM la kan
;)

tak bape nak ramai orang lagi time nih,,, maybe sebab wiken kot,,, ade ker orang kejer nak bangun awal pagi??? teetttttttttttttttttttttttttttttt

lepas 1st session,,, bekfes jap,,, dalam byk2 menu,, rasenyer,, menu pagi nih yang ok,, yang sedap,,, rugi aku amek sikit,,, hahaha,,, sebab ingatkan nasi die tak bape nak masak macam smalam
T__________________________T

semangaaattt wooaahhhhh
;p

sikit jer kan,,, hahhaa,, kesian dikau wahai peruuttt,,, nak menambah second round macam sogan la pulak den kan,,,, hahaha,,, wakkkk lu segan ;p




arini punyer program kejap jer,, tak dela abes lewat petang macam smalam,,, dalam kol 4 tuh dah abes,, pastu kitorang heading to jusco,,, dorang nak karokkkk,,, aku??? macam biasa dok ujung-tepi-corok-tempat-tersorok-supaya-mic-tak-di-pas-padaku-untuk-disuruh-menyanyi....hahaha

on da way ke kereta,, macam pasukan kawad dah aku nengok

yezza,, itu dia,,,, YB ayer paabas nak melihat mengkaji menyiasat kawasan sekitar,,, target nya adalah pokok2 di melaka
;p

dah sampai jusco,, ni btol2 depan tempat karok tuh,, tapi takde yang bilik kosong time nih,,, kol 5.10 baru ader,,, so,, kitorang jenjalan dulu
:)

lepak j co jap makan eskrem + donut :)

yupz,,, eskrem itu nampak sangat menarik
;p

gambar time dalam bilik karok aku sempat snap 1 jer,,, pempaham la kan,, pakai fon nih kualiti gambar tak bape nak okay sangat,,,,, nanti dah kaya aku beli kamera canggih ok??
oh ya,,, husband kak ila pon ader jugak time nih,,, lupe lak die ade bawak DSLR,,, nih kat bawah aku tepek gambar time tuh,,,
=p

mama aniq
(^_^)

haha,,, nampak sangat dok ujong2
;p

kemayen lagi ko kan amad men-sumbang-kan lagu,,, kakakaka

yiiieeehaaaaaa,,, kita bagi si pagha ni lepaskan semua,,, even tak bape nak lepas,,, kikikiki

ni je la keje aku,,, hahaha,,

ade skali tuh,,, ntah cemana ntah,, air tertumpah,,, seb bek air mineral,,, rajin akak mida kite nih mengelap,,, dah boleh da nih wehh,,,cepat2 ler langsung,,, hahaha

layaaannn,, layaaaannnn,,, keje aku ngaco orang
;p

i looiikkeeeeeeeeeeeeeee


mari pilih lagu cik kak,,,

pastu macam awal lagi nak pulang,,, ader orang tuh yang dah dapat gaji nak carik kasut,,,, aku yang poket koyak nih,,, duduk jer la nengok2 orang sekeliling,,, kikiki,,,, nampak tak sape yang ngah dok usya kasut tuh???? kikikiki
;p




abes melalak,,, nak carik tempat makan,, kitorang g kat tempat smalam tuh,,, kak ila kan xde,,, so die tak rase lagi la makan kat tempat tuh,,, hehehehe





okay,,, dah sudah meng-update,,,, chiiiaaaawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww



Jom Klik =)

Related Posts with Thumbnails