Saturday, December 25, 2010

:: Sujud Sahwi ::

Sujud sahwi ialah sujud kerana terlupa melakukan sesuatu sunat ab’ad seperti tertinggal tahiyyat awal.

Sujud sebelum atau selepas salam?

Dalam Mazhab Syafie, sujud sahwi dilakukan sebelum memberi salam.

" Dari Abdullah Bin Buhainah r.a., bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam mereka mengerjakan sembahyang, lalu baginda bangun sesudah rakaat yang kedua dan tidak duduk (untuk membaca tahiyyat awal); orang ramai pun bangun bersama-sama dengannya (meneruskan sembahyang) sehingga apabila baginda selesai sembahyang dan mereka menunggu salamnya, ia bertakbir semasa duduk, dan ia sujud dua kali (sujud sahwi) sebelum memberi salam, kemudian ia memberi salam."

Dalam Mazhab Hanafi, sujud sahwi dilakukan selepas memberi salam.

" Dari Ibnu Mas’ud, r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang Zohor lima (5) rakaat, lalu baginda ditanya oleh para jemaah: “(Ya Rasulullah) Adakah bilangan rakaat sembahyang telah ditambah?”
Baginda pula bertanya: “Mengapa (kamu berkata) demikian?”
Mereka menyatakan : Tuan telah mengerjakan sembahyang lima rakaat”
(Mendengarkan itu) Baginda pun sujud (sujud sahwi) dua kali selepas salam. "


Doa sujud sahwi





Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa




kredit to: Nad

Monday, December 20, 2010

:: Breakfast Spaghetti Yang Simple Mimple ::



Menu breakfast aku arini sangat mudah dan simple. (giler ker ape bf melantak spaghetti??) Biasalah, aku kalo nak maen masak-masak kat dapur, memang kena yang simple. Kalo yang complicated sangat memang aku tak reti. Dan aku memang tak reti masak. Woaahhhhhhhh~~~ Amek kau! haha. Pengakuan yang menjatuhkan saham =p


memula macam biase lah. Burger aritu yang aku buat Roti John Empat Segi ada lagi. So, abes kan dulu dengan menghancurkan-nya. Kalau korang takde, beli daging hancur siap siap Ramli Burger tu yer. Lagi Senang =). Daging hancur ni kena rebus dulu tau.


Spaghetti ni pon rebus gak nak bagi die lembik macam maggi tu. Hehe.

Sos Prego ni wajib ada. Ikot korang la nak guna perisa ape. Tapi biasanya memang orang beli yang rasa tomato.
Sambil dok rebus-rebus tu. Aku wat telor dadar jap =)



Sambil-sambil tu jugak, korang masak sos prego tadi. Boh dalam kuali. Pastu ada sos yang lekat2 kat botol tu, tambahkan air dalam botol, kocak-kocak, boh dalam kuali. Jangan membazir. Amalam Syaitan. Nak ker dianggap kawan setan? hehe. Tau takot =p



Pastu masukkan daging tadi dalam kuali kuah sos tadi. Agak-agak dah masak, dah menggelegak. Tutup api. Hidang! Siap!


Waduh-waduh~ sangatlah mudah bangat =)


Jeng-jeng jeng.

Itu adalah kacang botol yang aku potong dadu. Haha. Aku kan memang maen taram jer. Daun yang sepatutnya dibubuh takde kat dapor. Amek je la kacang botol ni. Janji warna hijau! hehe. Pastu tomato tu pon potong dadu.

Pastu aku bubuh telor dadar tadi yang aku potong dadu jugak. Hasilnya??? sedaaaaapppp sekali dong! (tak malu puji diri sendiri). Hehe. Apa tunggu lagi. Pergi cuba buat try test. Benda mudah camni kalo korang tak reti gak memang nak kena. Pas dah buat, wajib puji diri sendiri jugak. (^-^)v.




:: Gila Kau! Hanis Zalikha Kalahkan Bini Datok K!



Wow! Gerek Seyh! Korang kenal tak Hanis Zalikha? Dia bukanlah artis (eh, tapi pernah berlakon extra momok the movie if tak silap), dia sorang blogger, model, student uitm segamat. Cuba korang tengok carta bar di bawah.


Carta bar di atas menunjukkan bahawa HZ mengatasi adam lambert yang gay dan bini Datok K according to Pakcik Google dalam cariannya. Analisis ni dibuat oleh Google Zeitgeist. Apesal aku rase ayat ni macam skema. Ok! Tukar-tukar! O-o.




Giler hebat kan. Aku suka baca belog HZ ni. Bes. Dia dah la cun melecun, pastu pandai. Tak caya?? Klik SINI. Hebat kan. CGPA 3.92 wwooooo. Belog die boleh dapat macam2 info =) suka suka suka.



Nah, tengok gambar beliau :)








Setakat yang aku baca, HZ ni g kelas baru pakai tudung kot. Aku rase kalau die maintain pakai tudung lagi bagos. Lagipon tutup aurat memang wajib. =) Pastu kalo buat jual2 selendang/tudung, kompem laku macam ika radiusite. =)


Pastu kan, HZ ni memang ada sorang peminat tegar ni. Ada gak HZ post video yang peminat tegar ni wat ntok die. Best + Kelakar =) hehe. Korang g la search tengok.


Belog mak dia pon aku suka baca. Best gak! Mak dia pon cantik =) Pastu pandai masak. Selalu jer mak dia boh resepi masakan dia yang sedap2 dalam belog tu. Siap ngan gambar yang menaikkan selera skali weh! hehe. Pastu mak dia ada jual kek jugak. Nampak kat gambar macam memang sedap! hehe. Ada rezeki nanti nak order lah! =)



Ok lah. Tu ajer ntok entri kali ni.

Bubbye!


Assalamualaikum

=)

:: Weekend Itu Hari ::





Weekend yang lepas. Pulang ke kampung di Melaka. Bagi tujuan menghantar nenek aku yang baru pulang dari Australia. Membawa Fatimah Az Zahra bersama. Memandu Avanza kerana Si Hitam tidak muat menampung. Eh Eh. Ape ayat pendek ni. Ok! Bertukar!



Dok kampung ni sebenarnya best jugak if tau apa menda nak buat.


Tengok kucing gedik ni tidor melingkar macam tenggiling lak aku rase.






Ari Sabtu ada kawan lama (6 tahun gak tak jumpa) dari matrik sama kahwin. Kebetulan dekat melaka jugak. dokek bonar ngan kampong den. So,, jooomm serang. hehe. Aku datang berdua jer ngan timah.



Aktiviti balik kampung kali ni banyak dipenuhi dengan aktiviti memancing. Meh lihat hasilnya. =p ni bukan aku yang dapat. Hehe. Ikan-ikan yang aku dapat (nampak tak aku tulis ikan-ikan, bukan ikan,, hehe) semuanya kecik-kecik dan tak sesuai ntok dibuat lauk untuk dimakan. So, lepaskan balik ke kolam =p

Thursday, December 16, 2010

:: Proses pembuangan Sisa Anda =p ::




Assalamualaikum,,,,




Alopz korang,,, ni aku nak share sket tentang kesihatan ni. hehe. Macamlah pakar sangat waakkk luuu =p. Camni, korang ada masalah susah nak buang air besar atau bahasa kampong-nya, berak tak? Orang cakap elok kalo kite membuang tiap2 ari terutamanya waktu pagi. So, ni ada tips sket, bangun tidur jer before nak solat subuh tu, korang minum segelas plain water. Takyah susah2 nak gosok gigi. Hehe. Aku penah dengar kalo tak silap Dr Fadzilah Kamsah ada sebut nanti leh meningkatkan daya ingatan sebab ada cecair ape ntah kat tekak/lidah/mulut time tu. (erks,,, tapi aku memang asek pelupa jer =p). Ok, lepas tu,, tak lama beberaapa jam,,, korang akan rasa nak melabur dengan sendirinya dan dengan mudahnya. hehe. Bessssttt wooo lepas dah membuang ni. Lega jer rasenyer.

Selamat mencuba!



:: Bulan Muharram nyer Peristiwa ::

Oleh: 'Atif Abdul Hadi

Bulan Muharram adalah salah satu bulan Haram, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Ia jug abulan yang Allah haramkan berbunuh-bunuhan, dengan makna dilarang seseorang memulakan sengketa sehingga berlaku pembunuhan. Ia juga bulan yang agung dan penuh keberkatan. Di dalam bulan ini terdapat beberapa peristiwa besar.

Pada 10 Muharram: Berlaku satu peristiwa di mana Nabi as Musa dan pengikutnya telah terselamat dari buruan Firaun, sebaliknya Firaun dan tentera dibinasakan Allah setelah ditenggelamkan di Laut Merah. Firman Allah:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan jasadmu supaya engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang yang datang selepasmu”. (Yunus: 92)

Nabi Musa bersama kaumnya Bani Israel telah melakukan perjalanan pada waktu malam untuk melarikan diri dari kekejaman Firaun sehingga tiba di tepi laut. Sedangkan Firaun dan tenteranya mengejar mereka dengan penuh kemarahan dan permusuhan. Kini hanya laut di hadapan nabi Musa dan kaumnya, sedangkan musuh yang sangat ramai berada di belakang mereka yang apabila Berjaya mendekati nabi Musa dan kaumnya tentu akan menghapuskan dan membunuh mereka. Sahabat-sahabat Musa menyangka bahawa mereka akan ditangkap, tetapi perasaan bersama Allah telah dijelaskan melalui ucapan nabi Musa as:

“Dia (Musa) menjawab: “Sekali-kali tidak akan (tersusul): Sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan member petunjuk kepadaku”. (As-Syuara’: 62).

Lalu Allah telah mewahyukan kepada Musa memukulkan tongkatnya ke laut, lalu terbelah sehingga air laut menjadi beku dan tidak bergerak. Musa mendapati dasar laut kini menjadi kering sebagai jalan yang dapat dilalui Muda dan kaumnya.

Fiauan bersama tenteranya yang besar dan lengkap telah berbaris panjang melalui laut yang terbelah. Setelah Musa dan kaumnya selamat berada di seberang dan pada masa yang sama Firaun dan tenteranya masih berada di tengah laut, maka Allah telah memerintahkan nabi Musa supaya memukul tongkatnya sekali lagi. Lalu air laut dan gelombangnya kembali seperti sedia kala. Firaun dan tenteranya telah mati lemas dan tenggelam di tengah laut. Allah hanya menyelamatkan tubuhnya sahaja sebagai pengajaran kepada orang yang mengambil pelajaran dan tanda untuk mengingatkan mana-mana penguasa yang angkuh dan kejam di muka bumi.

Orang Yahudi menjadikan hari ini 10 Muharram sebagai perayaan, bagi menyatakan kegembiraan mereka kerana terselamat dari kekejaman Firaun. Mereka turut berpuasa pada hari ini dengan nama puasa Asyura’. Berdasarkan petunjuk nabi Muhammad saw, juga menyuruh umat Islam supaya berpuasa pada hari ini kerana “kami lebih utama dari kamu (Yahudi) untuk memuliakan Musa” dan sebagai membezakan amalan ini kepada umat Islam berdasarkan petunjuk nabi ialah berpuasa sehari sebelum atau sesudahnya.

Pada bulan Muharram adalah permulaan hijrah nabi dari Mekah ke Madinah yang kemudian menjadi permulaan Sejarah Islam, sedangkan Muharram adalah bulan terawal bagi orang Arab. Mereka telah memilih bulan Rabiulawal (yang merupakan berlaku hijrah sebenarnya) kepada Muharram, kerana bermula keazaman untuk berhijrah ialah pada bulan Muharram. Sementara “baiah” berlaku pada bulan Zulhijjah yang menjadi pengenalan hijrah. Justeru bulan terawal selepas baiah dan keazaman untuk berhijrah ialah bulan Muharram, maka ianya disesuaikan untuk dijadikan permulaan tahun Hijrah.

Pada pertengahan bulan Muharram tahun ke tiha Hijrah, berlaku peperangan Qarqarah al-Kadr (Al-Kadr ialah salah satu sumber air bani Sulaim). Rasulullah saw telah keluar bersama sejumlah tentera di mana Ali bin Abi Talib r.a memegang panjinya dan Abdullah bin Ummu Maktum dibenarkan tinggal di Madinah. Nabi saw menuju tempat ini yang menghimpunkan Bani Sulaim dan Ghatfan. Namun nabi tiada mendapati seorangpun. Namun yang ada hanya seorang remaja yang menjaga gembalaan mereka yang dikenali “Yassar”. Lalu nabi bertanya beliau tentang oang ramai. Beliau menjawab: Saya tidak mengetahui tentang mereka. Kemudian Rasulullah beredar dan memenangi dengan nikmat ini, iaitu memperolehi 500 ekor unta dan “Yassar” dibawah kuasa nabi saw. Lalu beliau dimerdekakan. Peperangan ini berlangsung selama 15 hari. Namun Ibn Ishaq mengatakan peperangan ini belangsung pada bulan Syawal tahun kedua hijrah.





kredit to ustaz suhaimi

Wednesday, December 15, 2010

:: Kisah Kawen Kawan Saya dan,,, ::







sambungan tajuk: -> dan pengumpulan semula warga bilik B342




tapi nak stori dulu pasal kenduri kawen naz,, hehe. kenduri naz ni ari ahad lepas. ntok pengetahuan,, naz ni kiranya jiran aku time kat matrik dulu. kat KMM. berdepan je bilik kitorang ni. satu menda yang korang kena tau pasal naz, kalo die menjerit panggil dak-dak blok b3 nak wat announcement dari ground floor dah boleh dengar sampai tingkat 4 ni ha. takyah susa2 pakai mic, hehe. Alhamdulillah,,, sampai sudah serunya nak kawen.. congrats naz! door gift ko bagi sangat bes! siap ada cookies ngan coklat mahal forero rocher,,, bes bes!! hehe.



*Bersama raja sehari*
=)


*Fida*Naz*Anak Nora*Nora*Aku*


ehem..ehem..dan bermula lah kisah tajuk kecik dalam entri kali ini. nampak tak gambar kat atas ni?? aku lom penah post lagi kisah pasal mereka ni. hehe,, nak flash back jap 6 tahun lepas.. lamaaa wokkk~ahaks! =p


nak flash back kejap

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ni lah roomate2 aku time kat matrik dulu! haha,, giler kan,, lepas 6 tahun baru lah nak jumpa,, padahal masing-masing dok dalam selangor darul ehsan ni jer ha! cuma lagi sorang roomate jer dok melaka. tapi apa ada hal kan. dokek sangat ye pon~ hehehe. sampai si nora ni dah beranak satu baru nak ketemu. hehe..



macam-macam wok stori mori ngan dorang ni yang aku ingat sampai la skang ni (baik aku tulis dalam entri ni sebab tak nak besok dah tua kerepot langsung lupa,, kui kui kui =p ) .


antaranya kan,, paling tak leh blah, time minggu orientasi. hehe. pempaham je la kan orientasi ni. macam-macam hal. pagi-pagi kena bangun solat subuh kat masjid sama-sama (yeker ek? aku pon lupa,, tapi yang pasti lepas subuh la =p ). lepas subuh tu,, tatau macam mana kitorang ni leh bongkang plak dalam bilik. sedar-sedar jer dah terang! mampos! haha, dah la pintu bilik kitorang selamba badak jer terbukak luas. boleh plak kitorang sedap-sedap membuta. patutnya pagi2 macam tu kena berhimpun kat padang. ko pempaham je la kan,, budak hingusan yang baru lepas SPM ni macam mana kaedah gelabahnya,, terus kelam kabut turun bawah gerak ke padang. oh ya, bilik kitorang atas skali tingkat empat ya kawan-kawan. sambil2 tu dok mengomel "macam mana ni weh?" "betol ke nak pegi padang ni weh?".
padahal masing-masing takut kena denda. pastu dalam perjalanan nak menuju ke padang tu, selisih ngan akak fasi. pastu kitorang pon ngadu lah ngan dorang apa masalah kitorang (korang bayangkan macam budak tadika ngadu kat budak darjah 6 okey =p ). pastu akak tu cakap "takpe, pergi jer". kitorang pon dengan lurus bendulnya pergi je la. huhu. time tu memang ramai giler dah orang. Semua dah beratur ikut line kelas masing2. Pastu kitorang kena naek pentas astaka depan padang tu. Kena la bebel ngan Encik Hasbullah (wow! aku ingat nama die. haha) . Time tu ada lagi student lain yang kena denda sama. Korang nak tau apa die membebel?


"yang pompuan ni apsal lambat hah???!!! Pakai make up tebal-tebal ker hah???!!! Yang laki ni apsal lambat hah???!!! pakai SPENDER lima enam lapis ker hah???!!!"


by that time die cakap camtu,,, aku memang tahan gelak giler-giler dalam pewot. Leh plak orang tua ni buat lawak time-time marah kitorang. hehehe. memang sampai skang aku ingat dialog die =p



tu satu hal. ada lagi stori ni. tapi agak sedih la jugak. ni pon aku rase akan ingat sampai bile-bile. sorang lagi roomate kitorang ni nama die vasanthi. Tapi aku save nama die dalam phone aku Vas Avril sebab die minat ngan Avril Lavinge time dulu. hehe. ada skali tu die mintak tolong nora belikan burger. Then, time die makan tu, agaknya dia rase pelik kot, pastu mintak tolong fida & nora rase burger tu. Amek kau, skali burger daging. Huhu. Time tu memang die menangis tros tepon mak die. Seb bek mak die cakap takpe sebab tatau.



okey, tinggalkan kisah sedey ni kejap. aku nak stori pasal shanti ni. Die memang baik. Even kitorang berlainan agama, tapi die memang hormat kat agama masing2. Time kitorang nak solat, die slowkan radio die. Then time die nak sembahyang plak, kitorang slowkan volume radio tu. Ada skali tu, mak dia datang bawak lauk makanan kat bilik, kitorang pon join makan skali :)
sedap. hehe. shanti ni dulu amek sains hayat. Sama dengan aku & fida. Nora jer yang amek akaun.



Fida ni plak jenis yang sempoi abes la. hehe. Kalo kua senang jer style die. Pakai sandle yang lekat-lekat tu, pastu tudung pin depan jer. simple. hehe. oh ya, lepas tu ngan beg slempang beliau. hehehe. Jangan tatau, nama betol die Sayang Rafida =p
katil die dekat ngan pintu,, so,, tempat die memang port baek punyer la kalo nak lepak. masuk bilik jer tros nampak tempat ko. haha.




Pasal nora ni plak, dia ni kira "mak" la dalam bilik ni. Hehe. Hobi die sejak2 sem 2 adalah bergayut. Haha. Mula-mula kitorang ni tak prasan. Cuma ada satu kali tu. Lampu da tutup. Pastu sumerang dah kat atas katil masing-masing. Tetiba dengar ada suara orang cakap sorang-sorang. Terkejut weh. Ingat kan sore sape la kan. Rupa-rupanya cik puan nora ni yang gayut =p
hahahahaha.




oh ya, ada satu kali tu. malam-malam. Terkejut aku sebab terjaga ada satu malam tu. Pastu nampak shanti dah berdiri tegak kat katil die. Macam nampak hantu. Eh, alamak, aku lupa lah jalan citer stori ni. hahaha. Abaikan! nanti aku tanya nora & fida =p haha!



time makan pon bes. haha. penjimatan berganda. Pergi tapau kat kafe. Amek lauk boh dalam 1 plastik tiap jenis, pastu bawak naik atas makan 4 orang. Memang jimat siot. Sory mak cik kantin sebab dah rugi 3 harga pelanggan sebab kitorang. hehe. =p


Ehem-ehem, pastu kan,, ko pempaham jer lah kan pompuan ni,, mestilah ada cerita-stori-mori pasal mamat2 yang dorang minat. Haha, ni rahsia bilik jer ni tau. Bila ingat balik memang klaka lah. Pasal baju warna sama pon nak keco! haha. Kalo jumpa mamat yang diminati pon keco citer kat 1 bilik. Ish Ish,, pompuan,, pompuan. hehe =p



jap ek,, nak godek2 kot2 ada jumpa gambar time dolu2,, hehe. hah! ader ponk~ hehe



*Dolu-dolu*



-
-
-
-
-
-
-
-
-

*Sekarang*






::hehehee,,, nasib baik la ko buat kenduri kahwin naz,, kalau tak, agaknya nak tunggu 10 tahun kot baru kitorang jumpa,, hehehe

Tuesday, December 14, 2010

:: Sarapan pagi Roti John Empat Segi ::

Assalamualaikum kum kum,,,
hehehehe,,, macam citer antu kat astro tu plak =p okey kawan-kawan, arini aku nak share ngan korang menu bekfes ini hari. jeng jeng jeng. Sangat lah mudah dan simple! Wajib cuba sebab sedap & enak! ececececece =p


mula-mula amek daging hancur yang macam korang guna ntok wat spageti tu. Tengok dalam peti ais xde daging hancur, tapi ader daging burger. So, aku pon amek kaedah menghancurkan ajer daging burger tu. hehehe. Mudah! Malas nak g beli kat kedai pagi-pagi ni =p So, lepas dah hancur, ianya akan jadi macam gambar kat atas ni yer kawan-kawan =)


Lepas tu masukkan ajer sume bahan2. Nampak tak apa yang ada macam kat atas ni ha? Meh aku bagitau teros jer senang. Bawang, sayur campur ikot suka korang, 2 biji telor (bergantung pada bape banyak korang nak buat), garam secukup rasa, serbuk black pepper Mc D yang mak aku slalu amek kalo makan kat Mc D (patotnya pakai sos black pepper tapi aku rembat jer ape yang ader. haha!). Tu jer bahan nya.. Senang bangat waaakkk luuuu~~ hehehe. Kalo korang rasa nak tambah bahan lain pon boleh jugak =)

panaskan kuali yer. amek kuali leper macam ni ha. Dapat la sumbat 1 keping roti je skali masak sebab "besar" kualinya =p. Takyah boh minyak. Letak planta jer.

Eh eh, lupa plak nak tunjuk gambar bahan tadi lepas dah kacau sama rata. Dia akan jadi camni yer kawan-kawan =)
Pastu amek roti gardenia empat segi tu. Boh jer macam kat atas ni ha. Nak lagi bes, pegi kedai, pastu beli jer roti panjang ala-ala mini john tu. Disebabkan aku maen ambik jer ape yang sedia ada. Pakai roti ni pon sodap yooo~~ =)

Pastu ape lagi. Campakkan ajer kat dalam kuali. hahaha. Sambil2 tu ko tekan-tekan sket roti tu. Patot pakai menda alah yang orang guna ntok buat burger tu. Dulu rase macam ada kat dapur ni. Pastu tanya kat mak,

Aku = Mak, mana benda alah yang buat penyek2 burger tu???

Jawapan mak aku senang jer

Mak: Karat!


Cis~
=p

Agak-agak dah masak. Angkat.

Pastu, nampak ada cheese yang aku kirim kat ayum soh beli aritu. Tak abes makan lagi. Aku pon amek sekeping, boh atas inti. Pastu boh inti balik. Haha. Sebenarnya inti tu tinggal banyak tu ajer macam atas cheese. Tu pasal maen taram jer bubuh sebab nak abeskan =p. Hurm,,, yang letak cheese ni aku men tibai jer. Sedap gak seyh! Biarkan die macam hangus-hangus itam sket cheese tu. Rangup nyah~ hehe

Siap! yang gambar kat atas ni tanpa roti yang bubuh cheese. Nampak tak roti yang ada timun tu macam dah kena cubit? tu keje si ayum dowh~. Bley plak maen rase-rase nak cubit cenggitu.Aissshhh~~


Okey kengkawan. Selamat mencuba! heheehe.



Oh ya, lepas aku dah abeskan roti tu. Ayum plak buat sendiri. Boleh bayangkan tak betapa sedapnya sampai adek aku pon nak try buat?? =p Eh, silap! bayangkan betapa mudahnya nak buat! hehehe.

:: Mengada Punya Kucing Versi Bideo ::


okey,, ingat tak entri sebelum ni,,, kan aku kata nak upload bideo kucing mengada yang mengantuk tak hengat dunia ni kan,,,,




Saksikannlllaaahhhhh~~~ (nyanyi ikot rentak iwan dangdut tau, haha! )

video

memang sangat mengada~~~
wuwuwuwuw....


video

lantak ko la miow miaw,,,
janji ko tak punggah sampah kitorang kat blakang tu,,
kalo tak memang nak kena rembat ngan hanger lah tuh~

=p




Monday, December 13, 2010

:: Kucing Mengada ::


ada sekoq kucing ni,,,
bukanlah kucing yang aku bela,,,
tapi kalo dah tiap2 ari orang umah ni bagi makan kat kucing ni,,,
memang lah die slalu datang kan,,
hahaha,,,
ader skali tu,,
time petang-petang,,
ujan kat lua,,
boleh plak kucing ni amek port baek punyer landing atas sofa bukak kilang taik mata,,,
aku dok kaco pon wat tatau jer,,
ngantok sangat kot!
hehe,,
joomm layan gambaq~




ngade-ngade lak tido tutup mata kaedahnya~
=p



time ni aku sajer snap pakai flash~~
ish ish,,
still tak sedar2 gak,,
tido mati nampaknyer~
=p
amek kau!
aksi kuak lentang,,,
hehe



ada rasa macam nak lempang beliau laju-laju tak?
hehehe



aku ader amek video gak time ngaco kucing sekoq ni,,
nanti aku share,,,
line tenet lembab nak mam~


Friday, December 10, 2010

:: Alhamdulillah ::




Alhamdulillah,,,
akhirnya result yang ditunggu-tunggu keluar jugak,,,
sebenarnyer rase tak sedap hati sangat lah obvious,,,
sampai masuk dalam mimpi result yang menakutkan,,,
macam-macam difikir,,,
pasal result,,
pasal tesis,,,
tu sebab asek kua umah je,,
jenjalan,,
kalo dok umah,,,
mesti asek fikir,,,
huhuhu,,,


kali ni,,,
sistem dorang bagus sket,,
sebab anta result ke emel masing2,,,
takde macam sem-sem sebelumnya,,,
kena masuk portal,,
dah sah-sah berduyun-duyun yang berebut masuk,,,
malam tadi kol 3 lebey tunggu nak masuk portal,,,
tapi takde gak,,,
seb bek sambil tunggu,, sambil layan mei chan,,,
las skali,,
aku tidor jer...


then pagi tadi bangun tidur,,,
dapat msg dari dina,,,
die cakap da boleh cek kat emel,,,
aku pon cek ler,,,
Alhamdulillah,,
lulus semua,,,
Terima kasih Ya Allah
=)
Terima kasih SEMUA
=)



Friday, December 3, 2010

:: MAHA 2010 ::


*entri kali ini akan penuh dengan gambar daripada caption*




sebenarnya nak update citer pasal MAHA ni dari smalam lagi,,, tapi aku menyirap btol ngan internet connection yang macam cipan babun ni,, lembap nak mam,, lantas teros menghilangkan mood aku nak menulis,,, huhuhu. kalau aku update semalam,, bley la korang datang ini hari kan,, sebab besok saabtu ahad = cuti mesti ramai giler babeng orang yang datang. sooo,, haruslah korang datang awal pagi kalau tak moh berhimpit2 beratur lama nak masuk dalam ntok cari tempat parking =p

kitorang masuk melalui pintu 2


okey, sebelum tu,, ada beberapa benda ni yang aku rase korang patot bawak & sediakan sendiri. salin tau. kang terlupa plak. =p



yang pertama skali,, bawak air masak 1 botol. yang ni wajibb wooo,,, dah la tengah2 panas tu,, ngan ramai orang,, mesti lah terhidrasi kan. daripada korang beli air2 gas yang manis2 tu,, baek korang bawak sendiri plain water ni. pastu bawak payung,, bak kata pepatah,, sediakan payung sebelum hujan,, cheewaahhh =p tidak ketinggalan,, bawak tisu tau, pastu bawak kamera, duit, henfon yang ada kredit takut2 sesat kang atau terpisah ngan orang yang korang sama2 pergi,, gula2 kot2 rase nak pitam, hehe. bawak panadol activfast gak kot korang pening. yang lain2 tu,, korang fikir sendiri la ek, hehe. pastu nanti biler dah sampai,, sila lah amek peta yang dorang dah sediakan ntok visitor macam kiter ni ha. nanti takdelah kial2 nak g tempat yang mana 1 dulu. =)

*bawak payung*

*ni visitor guide yang diberikan percuma*


*gambar sekadar hiasan*


lepas tu kan,, kalau korang masih blur2 lagi nak g kawasan mana 1 dulu (haruslah blur sebab tempat die luas wooii~~). aku cadangkan baek korang naek jer bas yang dah disediakan,, percuma je beb,, ala,, macam bas yang ada kat karnival2 tu,, sambil die bawak korang pusing2,, dapatlah korang plan tempat yang nak dituju =)



ni lah contoh bas percuma tu,, ada bas persiaran yang ber-aircon & bas rapid KL percuma gak =)

time ni pagi lagi,, so,, tak ramai orang sangat,, dapat la duduk dalam bas :)

macam ni lah sesaknya kalau korang g time ramai orang,, padat,, sendat,, macam ikan sardin dalam tin =p
weh, brader baju putih tu macam prasan jer aku ngah snap,,
oppssss =p




bahagian haiwan ternakan yang aku paling suka,, hehehe,, bes woo nengok binatang ni =),, pastu siap ada harga skali,, patut la penternak ni leh jadi kaya kalo kena caranya =)















cube teka gambar apa kat bawah ni,,, cepaaattttttttttttttttttt tekaaaaaaaaaaaa =p
tatau??? hehehee,, ni lah baby rabbit,,, geli seh takde bulu,, hehehe,, macam piggy pon ader aku nengok =p

malu,, malu,,,
=p




ada sape-sape yang kipas susah mati (die hard fan) kucing tak??? ada satu tempat ni memang di khaskan ntok kucing,, giler kentang banyak kucing kat dalam tu,, pastu ada gak yang ntok dijual.. so,, boleh lah korang rembat,, :)


*kalau aku tak silap dengar,, orang tu nak jual kucing ni ngan harga RM800*

*istana kucing untuk dijual*


weh, nak tau tak,, orang baju kuning tu cakap harga ayam serama ni leh cecah sehingga 3 ribu sampai 4 ribu,,, mak datok! bapak mahal wooiii~~



korang semua ada hati nak tunggang kuda tak?? jom jom jom =)


eh eh,, mana topi koboi den??

ok ok,, seb bek ader,,, hehe



oh ya,, bayaran ntok naik kuda ni hanya rm5 untuk dua pusingan,, kira orait la tu kan. kuda kecik macam yang kitorang naik ni untuk manusia yang beratnya 60kg ke bawah yer kawan2. kuda besar tak sampai lagi time kitorang datang ni. die cakap petang baru ader =p





*muka budak demam sesema*



ada tempat perikanan jugak weh :)




nampak tak bape harga ikan ni sekilo??? TAK NAMPAK??? meh cheq habaq naaa,, cuma RM1288 seKILO,, hamek kau nyah~
=p





tempat padi pon ada jugak =) sape-sape yang tak pernah tengok padi tu,, leh la jakun kejap =p









kesimpulannya,, bes gak g MAHA ni,, dapat nengok macam2 menda.. korang patut pergi tau =p





oh ya,, sebelum berakhir,,,
nak stori mori kejap,,,
nak tau tak,,
sedang dok jalan-jalan ngan adik aku si toha ni nak g tengok lembu berlumba,,
bley plak aku JATUH LONGKANG,,,
tu tak pe lagi,,
ni JATUH LONGKANG DEPAN ORANG RAMAI,,,
sangat-sangat memalukan hokey,,,
mintak2 la takde sape yang aku kenal yang nampak aku jatuh tu,,
huhuhuhu
balik umah tengok,,
memang ada luka wooiii,,,
adooiiyaaii~~
terima kasih pada cik ika yang mengingatkan nak citer menda alah ni,, hehe
=)





Jom Klik =)

Related Posts with Thumbnails