Wednesday, September 24, 2014

:: Doa ::


JANGAN  BERPUTUS  ASA SEKIRANYA ALLAH  MELEWATKAN  PENERIMAAN DOA

Ibnu ‘Ataillah al-Sakandari berpesan : 
“ Jangan berputus asa, sekiranya Allah SWT melewatkan penerimaan doa walaupun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah telah menjamin akan menerima semua doa menurut yang Dia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukanNya, bukan pada waktu yang engkau tentukan”.

Huraiannya :
1. Janganlah berputus asa disebabkan hajat yang dipohon lambat diterima atau dimakbulkan oleh Allah walaupun kamu bersungguh-sungguh berdoa. Ini kerana Allah SWT telah memberi jaminan penerimaanNya seperti Firman Allah bermaksud :
“ Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku akan perkenankannya” ( Surah Ghafir :60)
Inilah pilihan Allah untukmu dan bukan kamu yang  menentukan, kerana Allah amat mengetahui hal kamu pada waktu atau masa yang Dia kehendaki, dan bukan pada waktu atau masa kamu inginkan.

2. Mengajar muslim supaya yakin sepenuhnya kepada janji Allah seperti dalam firmanNya di atas dan sabda Rasulullah SAW  bermaksud :
“Sesiapa yang dikurniakan doa pasti diperkenankan”    ( Riwayat al-Tabarani)

3. Adab berdoa hendaklah hati sentiasa mengingati Allah SWT dan bermula dengan bertaubat serta adab-adab yg lain .

4. Kita dikehendaki bersabar, jangan gopoh-gapah dan berputus asa terhadap balasan Allah sama ada yang baik atau buruk seperti nabi Musa AS bersabar selama 40 tahun ketika berdepan dgn Firaun.
Sabda Rasulullah SAW :
Orang yang berdoa ada tiga keadaan, sama ada Allah SWT segerakan permintaannya atau Allah SWT tangguhkan Pahalanya atau Allah SWT palingkan ( hapuskan) keburukan ( kemudaratan) daripadanya.               
 ( Riwayat Imam Ahmad) 

Tiga Sebab Allah akan memperkenankan doa mengikut kehendak dan waktuNya :
1. Kasih sayang Allah terhadap hambanya, Jika perkara yang dipohon itu tidak baik untuk hambanya mengikut ilmu Allah, maka Allah tidak perkenankan doa tersebut.
2. Menunjukkan Allah adalah Penguasa manusia bersifat Rububiyyah. 
3. Doa itu bersifat ‘ubudiyyah yang menzahirkan kelemahan hamba terhadap Allah SWT


Petikan daripada buku SYARAH HIKAM  JILID 1. KARYA Ibnu ‘Ataillah al-Sakandari terjemahan Dr.Zulkifli  al-Bakri. Hal. 54. 

Thursday, September 11, 2014

:: Inspirasi ::








Tulisan saya pada tarikh 22 Julai 2013 (Last Year)

Salam.


Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan.


Saya bermula dengan mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa saya bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah. Kimia mengajar saya untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya takut. Saya berhenti as a chemist kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Saya berhenti.

Saya join banking sebab saya nak tau apa bank buat. Dalam kajian saya - 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Saya join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Saya kerja sampai saya sampai matlamat saya - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Alhamdulillah saya dapat dan terus berhenti. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.


July 2012 saya bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit kawin? ZERO. Kerana saya percaya Allah itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Saya gamble. Dan saya pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat Melayu kita? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah berbanding Melayu kita. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa saya tak buat loan bank? Sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.

Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri di Setapak dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya.


Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang saya nak cakap. Dunia makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Saya tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku saya. Jumpa saya. Saya share dan ajar.


Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja? 


HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
........................

Hari ini 6 September 2014 
Alhamdulilah.
1. Production 10 kali ganda sebulan dari tahun lepas.
2. Berjaya buat brands lain - Pudore dan Osra
3. Berjaya mempunyai studio photography sendiri.
4. Berjaya buka Bella Ammara Shah Alam.
5. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit.


Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.





taken from here



Friday, August 29, 2014

:: Minaz Raya Sale ::




 23 August 2014

Alkisah,,, ternampak Minaz update nak buat raya sale.
Dalam kepala otak, mesti nak serbu ni. 
Alang-alang dah dekat.
Aku ajak mariam teman.
Fuuhhh,, seb bek sanggup nak datang pagi! hehe...
Adjust masa nak ke pasar lepas subuh.
Thankssss mariam! *hugs*
hehe...

Lepas tu, ada orang tak sedar diri nak pergi jugak.
Padahal cousin nak bertunang pagi tu.
Sempat lagi kan ko cabut. hahaha
Cousin aku yang kat Medan (Aju) pon sempat kirim baju kat aku.
Lepas ni memang kena amek upah ni. 
Upah beratur.
;p

Aju lagi best.
Suruh aku gerak awal pagi untuk beratur.
Baiklah, marilah mendengar kata.
Takyah tido lepas subuh.
Mandi awal pagi.
Amek mariam.
Shoot terus pergi Minaz.


Nak tau apa jadi?
hahaha.
Si budak yana dah memekak kat aku pagi2 suro cop tempat.
Nah...
Saksikanlaahhhhhhh


















ya, betul.
Memang aman sangat aku shopping.
Tapi aman ntok 5 minit pertama je la.
haha
Dan aku lah orang pertama yang buat payment.
hahaha.
Lepas tu naek atas nak tengok baju prada plak...
Bila turun bawah balik.
Mak Datok, ramainya orang.
hehehe



sempat jumpa student.
Ahaks
hye yan!
:)

Nah, aku tepek gambar kat ig minaz
:)




ape benda yang ko memikir tu yana oiiiiii
hahahahahaha








Yeaaayyyy!
Kesimpulannya aku puas hati shopping harini.
Sebab dapat apa yang aku nak.
Yeaayyyy lagi!

Thankssss korang temankan!
xoxo
:)







Thursday, August 28, 2014

:: #JJCMNaniCetul ::

 24 August 2014


Jibby & Co,
Empire Subang
GK11, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya
Tel: 03-5613-7070


Pavlova rasa so-so.
base kat bawah yang rase coklat buat macam pelik.
topping sedap.

Spaghetti sedap!
sila try. tak masam sangat. tak tawar sangat.
Just nice
:)

Carrot juice memang terasa lobaknya. 
Pineapple juice nani i kenot go.
tajam menusuk kalbu!
hehe

***********************************************************

The Sumbs Cafe
7-04-01 Persiaran Alam Pusat Perniagaan World Wide
Persiaran Akuatik Seksyen 13, Shah Alam.
No Tel: +6017 288 8658 / +6019 275 5444

Kalau pakai waze, search GOOD HOPE HOTEL


Datang sini sebab nak try desserts #SukaSucre Dr Fazley.
Haritu datang tak banyak choice.
So, kite repeat kunjungan





Churros okay. 
besar-besar size-nya.
 tapi sedikit berminyak.

Kek Coklat tu memang sedap!
Macaroon die lagi la sedap.
Share patah dua ngan nani.
hehe.
Memang kepakaran Dr Fazley kan.. so thumbs up.

Red Velvet tu serius boleh potong kaki.
Manis tak hengat.
Pangkah.. pangkah!


***********************************************************

Sushi King
Metro Point Kajang


Sebelum hantar nani, macam nak melantak lagi.
Jom Sushi!
hehe


ada tempura jugak,, tapi tak dan nak tunggu sebab nak ngap!
ahaks




Thanks nani!
Seb bek dua dua memang kaki carik tempat makan. hehe
Next destination: Area Setia City Mall!
:)
Nyum nyum

Tuesday, July 22, 2014

:: Happy Birthday Rehan & Mariam ::


 Lokasi : San Francisco Coffee @ Alamanda Putrajaya



Best!
Warna Warni.
Happy Belated Birthday to both of u!
May Allah bless both of u and give the highest rank in jannah.
Ameen
:)

Friday, July 18, 2014

:: Birthday Ain APM @ Little White Cafe ::


 

selamat hari lahir ain.
harap terhibur.
giteewwwwwww


nota kaki:
baca banyak review pasal owner kedai ni.
seorang perempuan pertengahan usia.
tidak mesra pelanggan.
tidak mesra pekerja.
mimik muka yang tidak "welcome-kan" customer.
memarahi anak customer.
memaki pekerja depan mata sendiri.
alahaaiii.. 
kalau macam ni, macam mana nak bertahan?

:: PCLO Cafe Bangi ::



Mencuba rasa.
Churros sedap.
Boleh cuba try test
Hot choc terlebih manis
Kalau hari-hari, boleh potong kaki.


Operation hours:Tue - Thu: 12:00 pm - 9:00 pm
                         Fri3:00 pm - 9:00 pm
                         Sat - Sun12:00 pm - 10:00 pm
Phone No.: 017-212 2325




till then
adios.

:: Kambing ::




kambing memang sedap.
nak nak lagi yang diperap.
terima kasih menjemput.
selamat hari lahir kak mima
:)


Jom Klik =)

Related Posts with Thumbnails